SKRIP
SELERAKAW! EP4
3
DISEMBER 2019 – EDISI MELAKA
SEGMENT
1
1. *ROLL OPENING MONTAGE*
2. J&S-
INTRO EPISODE:
S: Hai, Assalamualaikum bertemu kembali bersama kami dalam
rancangan SELERAKAW!
J: Untuk pengetahuan anda semua, pada episod lepas kita dah
terjah pelbagai makanan viral yang ada di Penang. Macam- macam makanan menarik yang
kami dah terjah antaranya Nasi Kandar Deen Maju, Mee Pitchay, Nasi 7 Benua dan
macam macam lagi!
S: Tapi bagi SELERAKAW kita pada minggu ini, kita akan
terjah makanan-makanan menarik yang ada di Melaka pula! Aduhhh tak sabar ni.
Perut pun dah lapar, apa tunggu lagi?
S&J: Let’s get ittttt!
[SUPER
NAMA: JANNA & SHAFIQ]
[SUPER
LOKASI: ASAM PEDAS CLAYPOT KOTA LAKSAMANA]
3. S&J-
INTRO KEDAI
J: Haa sekarang ini kami berada di lokasi pertama kami
iaitu Asam Pedas Claypot! Kedai ini merupakan salah satu kedai yang paling
popular dengan masakan asam pedas yang memang dah jadi makanan rasmi orang-orang
Melaka.
S: Orang-orang Melaka apa lagi? Dah try ke belum? Jom kita
masuk
4. INSERT VT ASAM PEDAS CLAYPOT
S: Macam yang korang nampak, dekat sini terdapat pelbagai jenis ikan yang dimasak asam pedas. Haa, setiap orang kan ada jenis- jenis ikan yang mereka suka jadi owner Asam Pedas Claypot ini cuba menyediakan pelbagai pilihan asam pedas kepada pelanggan mereka seperti asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan macam-macam lagi.
J: Itula Shafiq, saya pun tak tahu nak pilih asam pedas yang mana sebab semuanya nampak sedapp! Yang paling bestnyaa, asam pedas ini dimasak di dalam claypot yang mana dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan panas mendidih dengan telur masin dan kubis.
S: Kalau korang bukan penggemar asam pedas, dekat sini pun ada makanan- makanan tambahan yang lain tau! Roti john, otak-otak, sate, roti sardine, roti canai dan pelbagai jenis mi.
J: Asam Pedas Claypot ni berhampiran dengan Jonker Walk. Tapi korang jangan risau, kedai ini dibuka pada setiap hari! Bermula 6 petang sehingga 4 pagi kecuali pada hari Ahad di mana ia dibuka sehingga 12 tengah hari sahaja. Haa, mana yang baru balik kerja semua tu boleh la datang singgah sini bawa family, kawan-kawan datang makan.
S: Asam pedas sudah, apa destinasi kita yang kedua ni Janna?
J: Kalau anda nak tahu, jangan kemana-mana! Jommm kita ke lokasi seterusnyaaa.
5.
[BUMPER OUT]
SEGMENT
2
6. [BUMPER IN]
7. S&J:
WELCOME BACK
S:
Kembali semula
bersama Shafiq dan Janna dalam rancangan SELERAKAW! Aduh rasa kesedapan asam pedas tadi pun Shafiq tak
hilang lagi, sekarang kita nak terjah mana pula ni Janna?
J: Kalau tadi kita dah
makan makanan berat, kalini kita nak terjah pencuci mulut pulak. Air Avocado
yang paling gilaaaa di Melaka! Jommm!
[SUPER
NAMA: JANNA & SHAFIQ]
[SUPER
LOKASI: MALACCA AVOCADO CHOC]
8. INSERT VT MALACCA AVOCADO CHOC
9. S&J-
INTRO KEDAI
J: Haa ini la dia jus avocado choc yang Janna bagitahu tadi
tu Shafiq. Air paling special yang ada dekat Limbongan Melaka ni. Kalau dekat
kedai-kedai lain, memang ada jus avocado ni. tapi dekat Malacca Avocado Choc,
dorang punya main menu adalah avocado choc ni yang mana orang kata paling
paduu, paling kaww la.
S:
Wahh patutla ramai sangat yang beratur untuk dapatkan jus Avocado Choc ni. Jus
Avocado ni pun memang lain daripada yang lain. Siap ada aiskrim lagi kat atas
dia, korang boleh pilih nak choc atau vanilla. Letopsss!
J: Kalau kau nak tahu Shafiq, jus avocado ni
bukan letops sebab aiskrim tu je. Siap ada jus Avocado 3 Layer lagi, yang mana
kat bawah dia ada gula Melaka, lepastu ada susu dan di atas dia ada jus
avocado. Hmm, mang puas hati habaq hanggg.
S:
Memang kaw la rasa dia! Bukan senang nak jumpa jus Avocado yang fresh macam ni.
Berbaloi sangat dengan harga dia RM6. Kalau korang datang Melaka ni, korang
memang kena try pekena jus Avocado Choc ni di Malacca Avocado Choc, Jalan
Limbongan, Melaka. Memang terbaikkk!
10.
[BUMPER OUT]
SEGMENT 3
11. [BUMPER IN]
12. S&J-
WELCOME BACK
J: Shafiq, Janna betul- betul kenyang ni. Asam pedas sudah,
jus Avocado pun sudah. Kita nak kemana pulak lepas ni?
S: Sabar dulu Janna, kita ada lokasi terakhir yang memang
wajib kita terjah iaitu MELAKA FOOD TRUCK PARK. Dekat sana ada pelbagai jenis
makanan tau, ada 10 Food Truck!
J: 10 Food Truck? Banyaknyaaa, ni yang buat Janna tak
sabar. Jom kita terjah sekarang jugak!
[SUPER
NAMA: JANNA & SHAFIQ]
[SUPER
LOKASI: MELAKA FOOD TRUCK PARK]
13. INSERT VT MELAKA FOOD TRUCK PARK
14. S&J-
INTRO KEDAI
J: Wahh betul la Shafiq ada banyak Food Truck dekat sini. Pelbagai jenis makanan ada, La Famiglia Pasta, N’licious Taco, Kebab Melawati, Cendol Durian Bachang, 8th Street Coffee & Burger, Time Out Coffee, Nasi Ayam Penyet, NFC, Waffle Mobile, Mirarichgold. Shafiq nak try yang mana?
S: Shafiq nak try Mirrichgold lah. Nama dia pun terlampau glam gituu! Mana la tahu kan dalam tu ada emas! Hahahaha!
J: Kalau macam tu Janna nak try dia punya La Famiglia Pasta la. Jomm order Shafiq!!
15. INSERT VT PEMBUATAN LA FAMIGLIA PASTA & MIRRICHGOLD
16. S&J-
INTRO KEDAI
S: Fuhhh, betul sedap la mee sup ni Janna. Haa kalau korang
semua nak tahu, ini la dia Mirrichgold. Mirrichgold ni actually mee sup je.
Nama dia setanding dengan rasa mee ni. Memang sedap! Daging dalam mee sup ni
memang banyak lah!, tak kedekut orang kata. Harga pun boleh tahan murah, RM 7
jee. Mee pun banyak, “mana mau cari” orang utara kata!
J: Itula Shafiq! Janna tengok harga-harga makanan dekat food
truck ni semua harga mampu milik. Sedap pun sedap! Janna punya pasta ni pun
baru RM8. Kalau kat restoran-restoran lain dah kena dah RM15/RM20. Dia punya
udang dalam pasta tak yah kata laaa. Bukan main banyakkk tauu!
S: Jadi anda yang dirumah sana, kalau nak makan sedap dan
murah boleh la datang di Food
Truck Park, Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, Melaka. Buka pada setiap hari bermula 6petang
sehingga 12 malam.
17. [BUMPER OUT]
18. [BUMPER IN]
19. S&J-
OUTRO/ EPISODE NEXT WEEK
J: Itu dia kita dah sampai ke penghujung rancangan, terima
kasih kerana sudi bersama kami dalam rancangan SELERAKAW! Kalau anda nak tahu
lagi tempat-tempat makan menarik yang ada dalam Malaysia ni, nantikan episod
yang akan datang!
S: Kami bawakan pelbagai jenis makanan yang viral, letops
dan gempak kepada anda! Kita berjumpa lagi dalam rancangan SELERAKAW… pada
selasa minggu hadapan jam 6petang. Ciaoo!
20.
*ROLL END CREDIT*
Comments
Post a Comment